Maybank, Bizsphere Anjur Bengkel Tingkat PKS

PC20A
The Malay Mail Online

The Malaysian Times

KUALA LUMPUR: Maybank dan Bizsphere Brand & Marketing Group menganjurkan bengkel eksklusif selama empat hari untuk memberi pengetahuan lebih mendalam kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Bengkel yang menyediakan pengetahuan luas mengenai bagaimana memperoleh kelebihan kompetitif untuk menguruskan dan mengembangkan pemiagaan PKS dalam tempoh-tempoh mencabar. dianjurkan secara mingguan pada Mac lalu.
Bengkel bertema ‘Menerapkan Amalan Jenama dan Perniagaan Terbaik dalam Organisasi Anda’ itu berlangsung di Pusat Inovasi Maybank Kuala Lumpur.
Peruncing Urusan Bizsphere, Yap Keng Teck berkata, banyak PKS mengetahui kepentingan memanfaatkan penjenamaan dan perlunya menjadi lebih cekap dalam operasi, namun mereka tidak tahu di mana untuk bermula dan bagaimana untuk melaksanakan aspek itu dalam pengurusan masing-masing.
“Oleh itu, Maybank dan Bizsphere memutuskan bekerjasama untuk memberi pandangan lebih luas kepada PKS,” katanya.
Yap berkata, dalam siri bengkel itu, penganjur secara terperinci menyediakan statistic, proses, contoh dan kajian kes dalam usaha memberi gambaran lebih jelas kepada PKS supaya mereka mula melaksanakannya.
Peserta diberikan 14 topik yang disediakan oleh pakar industry dari MPC, Matrade, Seek Asia dan tujuh PKS Bizsphere.
Lebih 20 PKS berdaftar untuk bengkel itu yang dihadiri lebih 30 peserta
-BERNAMA